top of page

CIKGU AKMAL

Cikgu akmal berasal dari kedah dan sedang menetap di Kuala Nerang Kedah..dia mula bersekolah di SK Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Nerang. Sekolah Menengah pula di SMK Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang. Pengalaman dia dalam bidang muzik adalah telah menjuarai pertandingan lagu patriotik sewaktu berumur 12 tahun. Menyertai brass band daripada umurnya 13 hingga 17 tahun. Dia juga pernah menjadi penyanyi dikir barat bagi kumpulan dikir barat sekolah iaitu Arjuna Putera. Setelah itu, dia pernah menjadi Tok Jogho terbaik dalam pertandingan dikir barat Anti Dadah pada tahun 2009. Sekarang dia sedang menyambung pengajiannya di IPG Kampus Ilmu Khas dalam bidang muzik.

Add some more info

CIKGU FAWWAZ

Cikgu Fawwaz berasal dari Kuala Lumpur dan sedang menetap bersama keluarganya di Puchong, Selangor. Mula bersekolah di SK AU Keramat. Melanjutkan pengajarannya ke Sekolah Seni Malaysia Johor dalam bidang muzik. Dia lebih berminat untuk menyanyi dan mahir dalam alat muzik Gamelan. Di sekolah tersebut, alat muzik utama yang diambil adalah Trumpet. Dia juga pernah mewakili Malaysia untuk Festival Perayaan di Bulgaria bermain Harmonium dalam kumpulannya. Dia bersama kumpulannya berjaya memungut pingat Juara keseluruhan di sana.Sekarang dia sedang menyambung pengajiannya di IPG Kampus Ilmu Khas dalam bidang muzik. 

Add some more info

Please reload

bottom of page