
DON'T BE SHY
SAY HI!
> Murid dapat memegang rekoder dengan betul.
> Murid dapat membuat penjarian rekoder dengan betul
> Murid dapat meniup rekoder dengan teknik pernafasan yang betul.
Muzik merupakan satu bidang yang kaya dengan pelbagai jenis pengetahuan, kemahiran dan cara-cara berfikir yang berbeza dari zaman ke zaman dan dari satu lokasi ke satu lokasi. Kebolehan bermain alat muzik, menyanyi atau menghayati muzik sama ada untuk menghiburkan diri ataupun untuk perkembangan intelek adalah wajar bagi setiap insan.
Salah satu matlamat pendidikan muzik ialah mewariskan budaya sesuatu bangsa termasuk warisan budaya manusia pada masa silam kepada generasi muda. Antara komponen utama dalam mana-mana budaya ialah amalan muzik bangsa itu sendiri. Oleh itu, pengajaran muzik dianggap sebagai satu wadah yang betul untuk mencapai objektif ini.
Melalui pengajaran muzik, guru dapat mencungkil bakat terpendam yang ada pada diri pelajar. Potensi dan bakat yang ada pada murid sama pentingnya dengan potensi dan bakat lain seperti linguistik, yang mana ialah boleh dicungkil pada peringkat awal persekolahan.